Pertubuhan Dakwah & Tarbiah

Darul Hasani Selangor

SEJARAH RINGKAS PERTUBUHAN DAKWAH & TARBIAH DARUL HASANI SELANGOR 

Nama Darul Hasani dipilih dari perkataan arab yang membawa maksud rumah kebaikanku yakni merujuk satu pusat yang memupuk percambahan ilmu dan akhlak yang lebih baik dikalangan ahli dan juga bakal dimanfaatkan ke arah kerja amal, dakwah dan tarbiah dikalangan masyarakat umum.


Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah TINGKAT 2, NO. 9, JALAN TUKUL P15/P, SEKSYEN 15, 42000 SHAH ALAM,SELANGOR.


Tujuan Pertubuhan adalah seperti berikut :
1. Mendidik ahli dengan ilmu dan amal secara bersanad dengan kaedah tradisi para ulamak secara bertallaqi yakni kaedah mengambil ilmu secara terus dari tutur mulut guru mursyid dengan mentelaah kitab-kitab terpilih.
2. Mentarbiah para ahli dengan jalan dan kaedah para murobbi (pembimbing kerohanian) yang mursyid serta melatih para ahli memahami ilmu secara berkaedah dan mampu menjaga disiplin ilmu islam
3. Mengeratkan perhubungan persahabatan dan semangat muhibah di kalangan ahli-ahli.
4. Melatih para ahli melaksanakan tugas dakwah dan tarbiah mengikut kaedah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda serta para ulamak pewaris nabi saw.
5. Melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti membantu golongan miskin, anak yatim dan golongan yang memerlukan sebagai suatu wadah bagi mengamalkan dan mempraktikan akhlak dan ilmu yang dtelah dipelajari ke dalam kehidupan bermasyarakat.
6. Membentuk sebuah organisasi yang dapat membantu untuk memperjuangkan kebaikan dan kesejahteraan demi agama, masyarakat dan negara.


Pertubuhan ini diwujudkan pada awal penggal pengajian tahun 2014 di Madrasah Dakwah & Tarbiyah Al-Hasaniah bagi membantu mudir mengurus dan melicinkan pentadbiran madrasah. Ahli jawatankuasanya diambil dari kalangan pelajar-pelajarnya yang digelar sebagai ahbab. Pada 23 Februari 2015, Pertubuhan Dakwah dan Tarbiah Darul Hasani Selangor telah didaftarkan secara rasminya dengan ROS sebagai sebuah pertubuhan yang sah berasaskan ilmu dan kebajikan.