Pertubuhan Dakwah & Tarbiah

Darul Hasani Selangor

Penjelasan ringkas "Madad Ya Rasulallah SAW & selainnya"

**PENJELASAN RINGKAS TENTANG PERKATAAN "MADAD YA RASULALLAH SAW & SELAINNYA"*


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


معنى قول من يقول: مدد يا رسول الله :
فى درس من دروس الجمعة المباركة لإمام الأزهر الشريف/ سيدى الشيخ صالح الجعفرى – رضى الله عنه – قال أحد الجالسين للشيخ : نهانى أحدهم أن أقول: مدد يا رسول الله؟


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Makna perkataan orang yang berkata: مدد يا رسول الله . Di dalam salah satu pengajian pada hari Jumaat yang barakah bagi Imam Masjid Al-Azhar As-Syarif, Sayyidi Syeikh Soleh Ja'fari RA.
Telah berkata salah seorang daripada orang-orang yang berada dalam majlis kepada Syiekh: Seseorang melarang aku daripada mengucapkan : مدد يا رسول الله


فأجابه الشيخ بقوله:
" ما معنى مدد؟ أنت عندما تذهب للعالم وتقول له : مدد، أى علمنى، وعندما تقول للولى : مدد، فأنت تريد : ادع لى دعوة صالحة، وتقول أيضاً: مدد يا رسول الله، أى : استغفر لى يا رسول الله.
Maka Syeikh menjawab kepadanya dengan berkata:
Apakah makna "Madad"? Engkau ketikamana pergi bertemu orang alim dan engkau berkata "madad", ia bermaksud " ajarkanlah aku". Ketika engkau berkata kepada seorang wali "madad" maka engkau inginkan: "doakanlah padaku doa yang baik". Engkau berkata juga:
مدد يا رسول الله


Bermakna: Mohon keampunan kepada Allah Taala untukku wahai Rasulullah SAW.


فكلمة (مدد) ينبغى أن يعرف مدلولها من ينطق بها، وليس معنى أن تقول للولى : (مدد) أن تقصد منه أن يعطيك رغيفين مثلاً، فافهم يا أخى معنى المدد، فهى كلمة ليس فيها شرك، وهى جائزة بشرط أن تفهم معناها، نقول: مدد يا رسول الله، أى أمدنا بالشفاعة والاستغفار، وهذا أمرٌ جائزٌ، فافهم يا أخى معنى كلمة (مدد) فليست شركاً، وافهم أن معنى مدد يا رسول الله يعنى الشفاعة والاستغفار.


Maka kalimah (Madad) mesti memahami pengertiannya oleh orang yang menyebutnya. *Bukanlah* makna/maksud engkau berkata pada seorang wali (madad) bahawa engkau maksudkan daripadanya supaya dia memberi kamu dua keping roti; sebagai contoh.
Fahamilah wahai saudaraku makna perkataan madad. Maka ia satu kalimah yang mana bukan padanya bermaksud syirik (tidak syirik). Kalimah madad adalah *harus* dengan syarat engkau faham maknanya. Kami mengatakan: مدد يا رسول الله bermaksud: berikanlah pada kami syafaat dan mintalah pada kami keampunan. Ini adalah/hukumnya harus. Fahamilah wahai saudara kalimah (madad) maka ia bukanlah kalimah syirik. Dan fahamlah bahawa makna madad ya Rasulallah ertinya syafaat dan memohon ampun.


معنى «المدد» على حسب حال المطلوب منه، فلو أن رجلاً يقرأ علماً وقال له بعض الناس: مدد يا سيدي الشيخ، كان المعنى: أسمعنا من علمك، ولو أن رجلاً كان جالساً يدعو الله وقلت له : «مدد» كان المعنى : أعطنى دعوة مقبولة، ولو أن رجلاً كان يأكل فاكهة وقلت له :«مدد» كان المعنى أعطنى بعض الفاكهة، ولعل في هذا إجابة لمن يسأل عن معنى كلمة«مدد» بما ينفي عن قائلها الإثم والشرك الذي يرمى به ..


Makna "Al-Madad" mengikut keadaan hal yang dikehendaki daripadanya. Maka jikalau seseorang sedang mengajar ilmu dan berkata sebahagian manusia kepadanya: "Madad Ya Sayyidi Syeikh", maknanya adalah 'perdengarkan pada kami ilmumu'. Dan jika seorang duduk berdoa pada Allah dan engkau berkata padanya: (madad) maknanya adalah berikanlah kepadaku doa yang makbul. Jika seseorang sedang makan buah-buahan dan engkau berkata padanya (madad) maknanya adalah berikanlah padaku sedikit buah-buahan.


Semoga di dalam perbincangan ini terdapat satu jawapan kepada orang yang bertanya tentang pengertian kalimah madad, *dengan satu perkara yang menafikan tuduhan berdosa dan syirik orang yang menyebutnya yang telah dilemparkan kepadanya*


لماذا ؟!.لأن العلماء قالوا : الحكم على الشيء فرع عن تصوره، أي لا تحكم على شيء حتى تعرف حقيقته تمام المعرفة، ثم تحكى عليه.فلو أنك رأيت مثلاً رجلاً وامرأة في غرفة فلا تسارع بسوء الظن والحكم حتى تتأكد من صلة القرابة بينهما، فربما كانت المرأة أمه أو زوجته أو بنته أو عمته أو بنت أخته فلا تكون الخلوة بها حراماً حينئذ، فمسائل العلم تحتاج إلى تأن وفحص.


Kenapa? Kerana para ulamak berkata: "Hukum atas sesuatu perkara merupakan satu cabang daripada kefahaman tentang hakikatnya" iaitu jangan engkau berhukum atas sesuatu sehinggalah engkau memahami hakikatnya dengan kefahaman yang sempurna. Kemudian barulah engkau menyebut tentangnya. Maka jikalau engkau melihat contohnya seorang lelaki dan seorang perempuan dalam sebuah bilik maka jangan engkau segera bersangka buruk dan menjatuhkan hukum sehinggalah engkau benar-benar pastikan wujud hubungan kerabat antara keduanya. Boleh jadi perempuan tersebut ibunya atau isterinya atau anak perempuannya atau mak saudaranya atau anak perempuan saudara perempuannya (anak saudaranya) maka tidak berlaku khalwah dengannya kerana mereka adalah mahram.


Maka persoalan-persoalan ilmu perlu kepada ketelitian dan penyelidikan.


فكلمة «مدد» معناها: طلب العطاء، وتفسر على حسب حال المطلوب منه.. فإن كان المطلوب منه المدد في حال طيب كانت كلمة «مدد» حلالاً، كما إذا قيلت لعالم يدرس أو ولي يدعو ربه أو صاحب طعام أو ذي مال كريم.أما إذا قيلت كلمة«مدد» لرجل ممسك بزجاجة خمر يشرب منها، أو قيلت لأناس مجتمعين على شرب الحشيش، أو على زنا ونحوهم، كانت الكلمة حينئذ حراماً.


Maka perkataan "Madad" maknanya ialah: meminta pemberian dan ianya ditafsir/dihurai mengikut keadaan yang dikehendaki daripadanya.


Sekiranya yang dikehendaki daripadanya (madad) perkara yang baik maka kalimah/perkataan "madad" adalah halal/harus. Sebagai contoh apabila dikatakan kepada orang alim yang sedang mengajar atau seorang wali yang sedang berdoa atau pemilik makanan atau seorang pemilik harta yang baik.
Adapun apabila dikatakan perkataan "madad" kepada seorang lelaki yang memegang gelas arak yang dia sedang minum atau dikatakan kepada manusia yang berkumpul untuk menghisap dadah atau berzina dan seumpamanya, adalah perkataan "madad" ketika itu adalah haram/ditegah.


والخلاصة: أن كلمة «مدد» إن طلب بها شيء حلال كانت حلالاً وإن طلب بها شيء حرام كانت حراماً.
Kesimpulannya:


Bahawa perkataan "madad" sekiranya diminta dengannya sesuatu yang halal ia adalah halal/harus dan sekiranya diminta dengannya sesuatu yang haram ia adalah haram/ditegah.


P/S:
Terjemahan ringkas dengan serba kekurangan untuk orang awam fahami sedikit isu perkataan " Madad". Bagi yang tahu bahasa arab terus rujuk pada teks asal dalam bahasa arab.


Disediakan oleh:
Al-Faqir Nik Bakri Nik Mat
Mudir Madrasah Dakwah & Tarbiyah Sek 15 Shah Alam