Pertubuhan Dakwah & Tarbiah   

Darul Hasani Selangor

Panduan umum kepada penghafaz Al Quran

RISALAH TARBIYAH DINIYAH


Panduan Umum KepadaPenghafaz Al-Quran


Faedah pertama kepada para penghafal Al-Quran:


Seorang syeikh telah bertanya kepada seorang pelajar semasa tasmi’ hafazan, agar dia menyebutkan ayat-ayat yang bermula dengan firman Allah Taala: (( أفلم يسيروا فى الأرض )). Maka dia telah menyebutkan sebahagian dan merasa ragu-ragu pada sebahagian yang lain serta telah menyebutkan secara tukaran daripada ayat tadi dengan:


Maka syeikh tersebut telah mengatakan kepadanya: Hafallah frasa ini: ((يوسف محمد للحاج غفرالله)) . Kemudian dia berkata:
1) غفرالله simbolik kepada surah Ghaafir
2) للحاج simbolik kepada surah Al-Hajj
3) محمد simbolik kepada surah Muhammad
4) يوسف simbolik kepada surah Yusuf


Inilah empat surah yang disebutkan di dalamnya dengan: (( أفلم يسيروا فى الأرض )).


Faedah kedua:


Sering kali berlaku kekeliruan bagi sebahagian penghafal Al-Quran semasa pembacaanya.

Maka dia menyebutkan, sebagai contoh: (( وفاكهة مما يشتهون )) dan yang tepatnya ialah


((يشتهون وفواكه مما )) . Kadang-kadang, dia merasa marah atau penat dengan banyaknya kesamaan-kesamaan ayat seperti ini.

Mungkin kita boleh meletakkan satu kaedah bagi menyelesaikan permasalahan ini untuk semua surah Al-Quran iaitu:

1) Sekiranya nama surah adalah mufrad (singular), maka di dalamnya perkataan (( فاكهة )) secara mufrad juga seperti surah Yaasin, Sod, Az-Zukhruf, At-Tuur, Ar-Rahman, Al-Waaqiah dan surah-surah yang lain.

2) Sekiranya nama surah adalah jama’ (plural), maka di dalamnya perkataan secara jama’ juga seperti surah Al-Mu’minuun, As-Saaffaat, Al-Mursalaat dan sebagainya.

Faedah ketiga:

Bagaimanakah kita boleh membezakan di antara (( يسبح )) dan ((سبح )) pada permulaan surah?

Jawapan: Sekiranya huruf yang pertama daripada nama surah mempunyai titik, maka ia bermula dengan (( يسبح )).Sekiranya tiada titik padanya, maka ia bermula dengan ((سبح )) . Contoh: Surah Al-Hadid (الحديد), huruf haa’ tiada titik padanya, maka ia surah yang bermula dengan ((سبح )). Surah At-Taghaabun (التغابن), huruf taa’ padanya terdapat titik, maka ia surah yang bermula dengan (( يسبح )).


Dipetik daripada Syeikh Said Hamzah, tenaga pengajar matapelajaran Al-Mutasyaabihaat di pusat pengajian milik Prof. Dr. Al-Mu’saraawi.


Disediakan oleh:
Al-Faqir Nik Bakri Nik Mat