Nama Madrasah
Madrasah Dakwah & Tarbiyah Al Hasaniah
(Al-Hasaniah adalah dinisbahkan kepada keturunan As-Syarif Al-Habib As-Syeikh Yusuf Muhyiddin Req Al-Bakhour Al-Hasani daripada keturunan Saiyidina Hasan).
Murabbi Mursyid
As-Syarif Al-Habib As-Syeikh Yusuf Muhyiddin Req Al-Bakhour Al-Hasani.
Sistem Pengajian dan Manhaj Madrasah
1. Sistem pengajian ilmu secara bersanad.
(Sanad/ Isnad iaitu sandaran daripada guru ke guru
sehinggalah kepada Baginda Rasulullah dengan kaedah
bertalaqi)
2. Manhaj At-Tarbiah Al-Ihsaniah.
Al-Ihsaniah; merujuk kepada Hadith Riwayat Imam Muslim
tentang Islam, Iman dan Ihsan untuk melaksanakan Rukun
ke-3 dalam Ad-Din iaitu 'Al-Ihsan'.
Tarbiah Murabbi Mursyid: As-Syarif Al-Habib As-Syeikh Yusuf Muhyiddin Req Al-Bakhour Al-Hasani
(Asas Tarbiah: Ilmu - Zikir - Muzakarah)
Majlis-Majlis Pendekatan Tarbiah:
i. Majlis Ilmu
ii. Majlis Zikir
iii. Majlis Maulid
3. Konsep Pengajian Pondok Moden
Pengajian kitab-kitab Ulama' semasa dan kitab kitab Turath.
Matlamat Penubuhan Madrasah
1. Mendidik para remaja, pemuda dan orang awam dengan
ilmu dan amal secara bersanad.
2. Mengajar ilmu dengan kaedah tradisi para Ulama' secara
bertalaqi.
3. Mertarbiyah mereka dengan jalan dan kaedah para Murabbi
Mursyid.
4. Melatih mereka memahami ilmu secara berkaedah dan
mampu menjaga disiplin ilmu-ilmu.
5. Melatih remaja, pemuda dan orang awam melaksanakan
tugas dakwah dan tarbiyah mengikut kaedah Rasulullah dan
para sahabat serta para murabbi iaitu Ulama' pewaris Nabi.
Sejarah Ringkas
Madrasah Dakwah & Tarbiyah Al Hasaniah ditubuhkan atas permintaan daripada Murabbi kami, Al-Arif Billah As-Syarif Al-Habib As-Syeikh Yusuf Muhyiddin Req Al-Bakhour Al-Hasani kira-kira lebih 10 tahun yang lalu agar mengadakan satu tempat untuk majlis ilmu, majlis selawat dan majlis zikir khususnya kepada murid yang ingin mendapat tarbiyah khusus daripada beliau. Maka dengan berkat doa daripada Al-Habib As-Syeikh Yusuf Muhyiddin Req Al-Bakhour Al-Hasani setelah datang pertama kali ke Darul Bakri untuk mengadakan majlis maulid dan usaha daripada Al-Fadhil Al-Ustaz Nik Bakri Nik Mat dan beberapa ahbab serta keizinan dan kehendak Allah, maka pada 3 November 2013 madrasah secara rasminya dapat berjalan dan digerakkan. Ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sayiidi Al-Habib Syeikh Yusuf Muhyiddin Req Al-Bakhour Al-Hasani sebagai tanda keizinan dan sokongan beliau kepada kami semua.